2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISRAEL TERIMA SURAT DARI ICC

TEL AVIV – Israel dilaporkan telah menerima sepucuk surat daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang secara formal menjelaskan ruang lingkup penyiasatan jenayah perang rejim Zionis di wilayah Palestin.

Pendedahan itu dibuat stesen penyiaran Channel 13 sambil menambah surat berkenaan tiba di Tel Aviv pada hujung minggu lalu.

Susulan itu, Majlis Keselamatan Nasional mengadakan pertemuan tergempar bagi merumuskan respons Tel Aviv.

Laporan berkenaan turut menyebut bahawa surat satu setengah halaman itu secara ringkas menghuraikan tiga perkara utama yang diberi perhatian iaitu perang antara Israel dan Hamas pada 2014, dasar penyelesaian Israel dan protes Great March of Return pada 2018 serta siri demonstrasi ganas di sempadan Gaza yang menyaksikan puluhan penduduk Palestin terbunuh.

Israel diberi tempoh 30 hari untuk memberikan maklum balas dengan Tel Aviv diramal bersetuju menjawab surat berkenaan setelah sekian lama menolak untuk bekerjasama dengan mahkamah yang berpangkalan di The Hague, Belanda itu.

“Bagi Tel Aviv, ini adalah masa yang sesuai untuk memberikan hujah bahawa ICC tiada tiada bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, pegawai Israel berharap pertikaian mengenai bidang kuasa ICC dapat dijadikan alasan bagi menunda penyiasatan jenayah perang Zionis.

“Kami berharap penyiasatan jenayah perang di Palestin ditunda sehingga pendakwa raya ICC, Fatou Bensouda digantikan oleh peguam hak asasi manusia dari Britain, Karim Khan pada Jun depan,” kata seorang anggota Knesset.

Rejim Zionis sebelum ini berharap Khan, 50, tidak mengamalkan ‘permusuhan’ dengan Israel seterusnya menggugurkan kes berkenaan.

Sumber: Sinar Harian