2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISRAEL SERANG KEDUDUKAN HAMAS DARI UDARA

BAITULMAQDIS, 11 Feb – Pasukan Israel melancarkan serangan udara ke atas kedudukan Hamas awal pagi tadi, kata tentera selepas beberapa tembakan dilepaskan ke arah pihak Zionis.

Kenyataan dari tentera Israel menyebut, jet pejuang dan pesawat mereka menjadikan sejumlah kedudukan pejuang Hamas di selatan Semenanjung Gaza sebagai sasaran, sambil memberitahu, kawasan latihan dan kemudahan ketenteraan turut termasuk dalam serangan berkenaan.

Tiada sebarang laporan terkini diterima berhubung kemusnahan atau kemalangan jiwa susulan kejadian.

Lewat malam tadi, satu tembakan dilepaskan dari Gaza ke arah selatan Israel, menyebabkan sistem penggera serangan udara berbunyi.

Jurucakap majlis serantau di Shaar Hanegev, di timur laut Gaza berkata, tembakan berkenaan jatuh ke kawasan terbuka.

Serangan dari Palestin semakin meningkat sejak 28 Januari apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan impian untuk menyelesaikan konflik Israel – Palestin, satu perancangan yang ditentang keras kepimpinan Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Pelan itu akan memberi kelebihan besar kepada Israel, termasuk kawalan penuh ke atas kawasan perebutan Baitulmaqdis dan lampu hijau untuk menyambung pembinaan kesemua penempatan dan bahagian lain di Tebing Barat.

Sebagai tukaran, penduduk Palestin akan ditawarkan dengan negeri di baki kawasan yang terdapat dalam Tebing Barat dan Gaza.

Penduduk Palestin di Gaza dengan dipimpin oleh Gerakan Islam Hamas melancarkan tembakan roket, peluru mortar dan belon yang dipasang bahan peletup ke arah selatan Israel hampir setiap hari sejak perancangan terbabit diumumkan. 

Sumber: Berita Harian