2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ISRAEL SASAR KEDUDUKAN PALESTIN DI LUBNAN MELALUI UDARA

 

BEIRUT, 26 Ogos – Akhbar tempatan Lubnan, An-Nahar melaporkan Israel melancarkan serangan udara terhadap satu kedudukan tentera milik kumpulan Palestin di Lubnan berhampiran sempadan Syria.

 

Kedudukan itu difahamkan milik Barisan Popular Kebebasan Umum Palestin.

 

Serangan tersebut berlaku sehari selepas dua dron dikatakan tentera Lubnan dan kumpulan disokong Hizbullah, milik Israel telah terhempas di kawasan pinggir selatan yang dikuasai kumpulan disokong Iran itu di sini, satu daripadanya meletup.

 

“Tiga serangan udara Israel menyasar sempadan Lubnan-Syria di timur Zahle,” kata An-Nahar.

 

Seorang pegawai dari kedudukan Palestin di bandar Lubnan di Qusaya berkata, tiga serangan itu menyebabkan hanya kerosakan material. An-Nahar berkata, serangan anti-pesawat dilancarkan dari kedudukan itu.

 

“Pesawat MK (dron) menyasar satu daripada tapak kami menggunakan tiga roket kecil. Dalam serangan itu, tiada kecederaan berlaku, hanya kerosakan material sahaja,” kata Abu Muhammad kepada An-Nahar.

 

 

Sumber: Berita Harian