2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-05-08 at 10.21.22 AM
Info Semasa

Israel robohkan sekolah di Tebing Barat

JABBET AL-DHIB: Rejim Zionis hari ini, merobohkan sebuah sekolah di Tebing Barat dengan mendakwa tindakan itu dilakukan berikutan isu keselamatan.

Bagaimanapun, tindakan rejim Zionis itu mendapat kritikan Kesatuan Eropah (EU) yang membiayai projek pembinaan sekolah berkenaan, lapor Berita Harian.

Rakyat Palestin hanya mampu membaling batu ke arah rejim Zionis yang melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka, ketika jentolak masuk ke tapak di perkampungan Jabbet al-Dhib berhampiran Bethlehem.

EU mengakui ‘terkejut’ dengan kehadiran rejim Zionis di tapak sekolah yang menempatkan lima kelas dan memberi perkhidmatan kepada 45 pelajar, seperti dinyatakan pegawai Pihak Berkuasa Palestin.

Karavan dan kelas yang dibina daripada kepingan timah dibersihkan, sebelum struktur itu dirobohkan.

Agensi Kementerian Pertahanan Israel, COGAT yang menyelia hal ehwal awam di wilayah diduduki, pada Mac lalu, memberi tempoh dua bulan untuk mengosongkan premis itu susulan perintah mahkamah Baitulmaqdis.

COGAT mendakwa sekolah itu ‘dibina secara haram’ dan menimbulkan ‘bahaya terhadap keselamatan’.

Agensi itu menerusi kenyataan, berkata pihak berkuasa sudah cuba mengadakan sesi dialog dengan pemilik sekolah, selain memetik penjelasan jurutera yang menyatakan struktur sekolah itu boleh runtuh pada bila-bila masa.

Pegawai Menteri Pendidikan Palestin, Ahmed Naser, berkata sekolah itu menggantikan sekolah lain yang dirobohkan rejim zionis pada 2019, selain menjelaskan lokasinya yang terpencil, menghalang ‘pemindahan dan pengusiran secara paksa’ serta mendakwa Israel ‘mahu merampas tanah berkenaan’.

EU menggesa Israel ‘menghentikan semua perobohan dan pengusiran, yang hanya akan meningkatkan penderitaan penduduk Palestin dan meningkatkan lagi ketegangan’.

Sementara itu, wakil EU dalam kenyataan berkata, perobohan menyalahi undang-undang antarabangsa, selain menjelaskan hak kanak-kanak mendapatkan pendidikan perlu dihormati.

Serantau Muslim merasakan kegiatan sebegini sangat tidak baik buat sejagat dan Israel haruskan berasa malu akan perbuatan mereka menceroboh hak pihak lain tanpa perasaan malu. Didoakan semoga semua penduduk Palestin dan mereka yang dizalimi mendapat kekuatan daripada Allah SWT.