2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
33c23f52-b314-4431-af31-fa7962a50559.jpg
Info Semasa

Israel bekukan sebahagian hasil cukai Palestin

BAITULMAQDIS – Menteri-menteri Israel pada Ahad bertindak membekukan lagi sebahagian daripada hasil cukai yang dikutip bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Keputusan itu dibuat kerana pihak PA memberikan sokongan kewangan kepada pejuang Palestin.

Jumlah yang ditahan iaitu sekitar AS$176 juta (RM783.29 juta) akan mengimbangi jumlah yang dibayar PA kepada keluarga penyerang pada tahun lalu.

Israel mengumpul kira-kira AS$190 juta (RM845.90 juta) sebulan dalam bentuk duti kastam yang dikenakan ke atas barangan untuk pasaran Palestin yang melalui pelabuhan Israel.

Ia kemudian memindahkan dana tersebut kepada PA.

Israel mendakwa bayaran kepada keluarga mereka yang melakukan serangan menggalakkan tentangan ke atas rejim Zionis.

Dalam pada itu, PA berkata, pembayaran itu adalah merupakan satu bentuk kebajikan kepada keluarga yang telah kehilangan pencari nafkah utama mereka.

Seorang pegawai Israel memberitahu AFP bahawa kabinet keselamatan Israel sudah bertindak meluluskan untuk mengekalkan pembekuan dana itu.

Sumber: Sinar Harian