2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISRAEL BATAL LANGKAH LONGGARKAN SEKATAN DI GENTING GAZA

GENTING GAZA, 17 Feb – Tentera udara Israel menyasarkan kedudukan Hamas di Genting Gaza semalam sebagai serangan balas terhadap roket yang dilancarkan ke wilayah tersebut.

“Serangan udara dilancarkan pesawat pejuang dan helikopter itu turut membedil pos tentera milik Hamas,” kata jurucakap tentera Israel.

Susulan insiden bedilan projektil itu, Tel Aviv mengumumkan ia membatalkan langkah untuk meredakan sekatan ke atas wilayah Gaza.

“Keputusan memperluaskan zon tangkapan ikan, pengembalian 500 permit komersial dan penghantaran bekalan simen telah dibatalkan kerana serangan roket tersebut,” ujar unit di Kementerian Pertahanan Israel yang memantau aktiviti orang awam di Palestin, COGAT.

Ketegangan kembali meningkat di wilayah itu selepas sekutu kuat Israel, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pelan damai berat sebelah, Deal of the Century yang turut dibantah negara antarabangsa.

Sumber: Sinar Harian