2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

INFO TERKINI PEMBINAAN MASJID RAJA ISKANDAR

Alhamdulillah pembinaan Masjid Raja Iskandar Kampung Watang Tambunan di Sabah bakal dibangunkan tidak lama lagi.

Pada Jumaat (semalam), sebanyak 9 ela batu pasir dengan menggunakan 3 buah lori telah berjaya dihantar ke kawasan pembinaan.

Buat makluman, stok pasir ini merupakan stok sekian lama ditunggu oleh penduduk di sana.

Alhamdulillah ia berjaya diperoleh selepas kuari dibuka pada hari dengan usaha sama Yang Berbahagia Pegawai Daerah di sana.

Walaupun pelbagai ujian yang terpaksa dilalui rakan kerjasama di sana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, tetapi InshaAllah semua dipermudahkan Allah SWT.

Bagi mereka yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam pembinaan masjid ini, layari waqaf.my.