2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

INDONESIA KERUGIAN RM470 JUTA AKIBAT RASUAH DALAM SEKTOR PENDIDIKAN

JAKARTA: Hasil kajian Pemantau Rasuah Indonesia (ICW) mendapati negara ini mengalami kerugian kira-kira 1.6 trilion rupiah (RM470 juta) akibat skandal rasuah dalam sektor pendidikan sepanjang 2016 hingga September tahun ini.

Jurucakap ICW, Dewi Anggraeni berkata, terdapat 240 kegiatan rasuah pendidikan yang tidak ‘dapat dikesan’ atau ‘disenyapkan’ oleh pihak berkuasa dalam tempoh enam tahun terakhir.

“Kami percaya nilai kerugian yang dialami oleh negara akibat rasuah sebenarnya lebih tinggi kerana terdapat kes yang belum didedahkan sehingga kajian ini disiapkan.

“Kami juga mendapati terdapat banyak perolehan yang tidak mengikut keperluan dan tidak dapat dimanfaatkan,” katanya.

Jelas Dewi, kegiatan rasuah dalam sektor pendidikan masih berlaku ketika pandemik Covid-19 berlangsung iaitu sebanyak empat daripada 12 kes direkodkan pada 2020-2021.

Katanya, kes itu melibatkan dana Bantuan Operasi Pendidikan (BOP) dari Kementerian Agama di beberapa daerah apabila sebahagian daripada dana yang diperuntukkan dipotong.

Selain itu, kegiatan rasuah melibatkan dana Bantuan Operasi Sekolah (BOS) juga merekodkan kes paling banyak berlaku iaitu sebanyak 21.7 peratus atau 52 daripada 240 kes.

Sementara itu, Dewi memaklumkan prestasi perkhidmatan pendidikan di Indonesia masih jauh ketinggalan dan berdasarkan skor  Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) pada 2018, negara ini mencatatkan kedudukan 72 daripada 77 negara.

Sumber: Utusan