2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

INDIA LAKUKAN SERANGAN DENGAN AIR EMPANGAN – PAKISTAN

 

ISLAMABAD/ NEW DELHI, 20 Ogos – Pakistan mendakwa India melakukan serangan generasi kelima, apabila melepaskan air dari sebuah empangan yang mungkin menyebabkan banjir merentasi sempadan tanpa memaklumkan kepadanya.

 

Bagaimanapun, India menolak dakwaan itu kerana di bawah perjanjian air antara kedua-dua negara, ia sudah memaklumkan kepada Pakistan mengenai pelepasan air itu, lewat semalam, apabila ia sudah melepasi paras tertentu.

 

Situasi itu mencetuskan kemarahan Pakistan sehingga memutuskan perhubungan pengangkutan, perdagangan dan mengusir duta India sebagai tindak balas.

 

Islamabad berkata, pelepasan air mengejut ke Sungai Sutlej yang mengalir dari India ke Pakistan adalah sebahagian cubaan New Delhi untuk melanggar perjanjian sempadan.

 

“Mereka cuba mengasingkan kita secara diplomatik, kemudian cuba mengekang ekonomi kita, mereka juga cuba memotong sumber air.

 

“Air memberi kesan kepada ekonomi, pertanian dan perairan,” kata pengerusi Pihak Berkuasa Air dan Tenaga kerajaan Pakistan (WAPDA), Muzammil Hussain.

 

India menggunakan kedudukan huluannya untuk melancarkan perang generasi kelima terhadap negara ini, kata Hussain.

 

“Pada 1330 GMT aliran Sungai Sutlej mencecah paras banjir tinggi dan ia dimaklumkan kepada Pakistan. Kami komited dengan perjanjian,” menurut kenyataan kementerian sumber air persekutuan India.

 

Difahamkan, pihak berkuasa kecemasan Pakistan sedang bersiap untuk banjir kecil di beberapa kawasan di negeri Punjab, semalam, kesan daripada peningkatan pelepasan aliran air mengejut.

 

Sumber: Berita Harian