2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ICC TOLAK TUNTUTAN UIGHUR UNTUK SIASAT CHINA

THE HAGUE – Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menolak desakan etnik minoriti Uighur untuk menjalankan siasatan ke atas China yang didakwa melakukan genosid dan jenayah kemanusiaan.

Pada Julai lalu, wakil Uighur turut menyerahkan sejumlah besar bukti kepada mahkamah terbabit selepas ia mendakwa Beijing menahan lebih sejuta penduduk minoriti Muslim di kem pendidikan semula.

Bagaimanapun, pejabat pendakwa raya, Fatou Bensouda menjelaskan mereka tidak boleh mengambil sebarang tindakan memandangkan China bukan penandatangan kepada ICC yang berpusat di The Hague.

“Tidak ada alasan untuk meneruskan tuntutan-tuntutan itu yang turut mendakwa etnik Uighur dideportasi secara paksa dari Tajikistan dan Kemboja ke China,” jelas mahkamah tersebut.

Susulan itu, peguam mereka mahu meminta ICC supaya mempertimbangkan semula kes tersebut berdasarkan fakta atau bukti baharu.

Sebelum ini, China mendakwa tuduhan itu sebagai tidak berasas dan turut menegaskan kemudahan di wilayah Xinjiang itu didirikan sebagai pusat latihan kerja.

Sumber: Sinar Harian