2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

HENTIKAN PENTADBIRAN DONALD TRUMP: ACLU

 

WASHINGTON, 31 JULAI – Kesatuan Pembebasan Sivil Amerika Syarikat (ACLU) telah meminta hakim persekutuan menghentikan pentadbiran Presiden Donald Trump daripada terus memisahkan keluarga di sempadan AS-Mexico.

 

Beliau menyatakan dasar itu menyaksikan kerajaan AS memisahkan lebih 900 kanak-kanak dengan ibu bapa mereka sejak dasar itu berakhir secara rasmi tahun lalu.

 

Pada Jun 2018, kerajaan berkata ia akan mengakhiri dasar toleransi sifar dengan menghukum mereka yang menyeberangi sempadan secara haram dan memisahkan mereka daripada anak selepas kemarahan orang ramai dan cabaran undang-undang yang dikemukakan ACLU.

 

Hakim Daerah AS, Dana Sabraw, di San Diego mengarahkan penyatuan semula lebih 2,800 pendatang kanak-kanak dalam proses mahkamah yang diselia.

 

Semalam, ACLU kembali ke mahkamah mendakwa kerajaan masih memisahkan keluarga, mencari alasan kepada janji untuk menamatkan amalan itu.

 

“Kerajaan dilihat secara bersistematik memisahkan bilangan besar keluarga berdasarkan sejarah jenayah kecil, tuduhan tidak bertanggungjawab yang sangat meragukan, dan kesilapan dalam mengenal pasti hubungan ibu bapa dan anak,” tambah ACLU.

 

Pentadbiran Trump cuba menghalang jumlah keluarga pendatang yang tiba di sempadan AS-Mexico mahukan perlindungan daripada kemiskinan dan keganasan di negara seperti Guatemala, Honduras dan El Salvador.

 

Kerajaan memisahkan keluarga apabila mengesyaki ibu atau bapa mempunyai rekod jenayah atau mempersoalkan hubungan antara pendatang dewasa dan kanak-kanak.

 

Dalam usul lebih 200 muka surat, kumpulan hak itu berkata pentadbiran Trump memisahkan anak berdasarkan kesalahan seperti melanggar undang-undang trafik dan merosakkan harta benda.

 

Sumber: Berita Harian