2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

“HARI GELAP” BUAT PALESTIN

RAMALLAH – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menyifatkan ‘Hari Gelap’ buat Palestin susulan perjanjian yang ditandatangani oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain untuk mengukuhkan hubungan dengan negara haram Israel.

Lapor Anadolu Agency, ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO, Wasel Abu Yousef berkata tindakan itu juga satu perkara yang menyedihkan buat rakyat Palestin.

“Ini adalah ‘Hari Gelap’ dan hari yang menyedihkan bagi rakyat dan pejuang Palestin.

“Ini adalah satu lagi tikaman khianat di sebalik perjuangan, hak, kesucian, dan pengorbanan rakyat Palestin,” katanya.

Tambah Abu Yousef, perjanjian seperti itu akan memungkinkan Israel meningkatkan kekejaman terhadap rakyat Palestin dan melakukan jenayah termasuk penyitaan tanah, dasar pembersihan etnik dan hukuman kolektif di semua wilayah Palestin yang dijajah.

Adakah Israel akan terus ghairah dengan memperluas penempatan haram?

Setiausaha Majlis Revolusi Pergerakan Fatah, Majid Al-Fityani memberitahu agensi berita Turki, “Hari ini dengan rasa malu mereka menandatangani perjanjian kebergantungan, perlindungan, dan ketaatan dengan negara penjajah.”

UAE dan Bahrain menjadi negara ketiga dan keempat menormalkan hubungan dengan Israel selepas Mesir pada 1979, dan Jordan pada 1994.

Perjanjian menormalkan hubungan antara UAE, Bahrain, dan Israel dibuat di White House dengan disaksikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sumber: AlHijrah News