2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
97c30042-db53-4dd8-b534-0dcc55959148.jpg
Info Semasa

Hamas ‘sambut baik’ kecaman dunia terhadap Zionis

GAZA: Kecaman yang dibuat oleh Majlis Gereja Sedunia berhubung penindasan Israel terhadap penduduk Palestin adalah bukti baharu dunia menolak ‘perbuatan jenayah Zionis’.

Kumpulan Hamas, berkata pendirian yang dibuat oleh majlis gereja berkenaan jelas menunjukkan pencabulan yang dilakukan oleh penduduk Israel terhadap tanah, rakyat dan tempat suci mereka.

“Kami sangat mengalu-alukan kutukan pencabulan Israel itu,” kata Hamas dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan Bernama.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Pusat Majlis Gereja-Gereja Sedunia mengeluarkan kenyataan di Geneva yang menuduh Israel mendiskriminasi rakyat Palestin secara terang-terangan dan sistematik.

Kenyataan itu menyatakan, kebimbangan mendalam terhadap keadaan yang semakin merosot berhubung gangguan agama Kristian baru-baru ini oleh Israel berikutan keputusan Mahkamah Israel membenarkan peneroka mengambil alih harta gereja berhampiran Pintu Jaffa di Kota Lama Baitulmaqdis Timur.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa Israel mengenai kenyataan dikeluarkan majlis gereja terbabit.

Majlis Gereja Sedunia ialah persekutuan 352 gereja dari lebih 120 negara yang mewakili lebih 580 juta orang Kristian di seluruh dunia.

Sumber: Utusan