2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

GENG JENAYAH AMBIL ALIH KEM ROHINGYA DI BANGLADESH

DHAKA, 26 April- Kenyataan terbaharu Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) menyatakan bahawa banyak geng jenayah dan kumpulan militan menjalankan aktiviti dalam kem pelarian Rohingya di Bangladesh dengan melakukan pembunuhan dan penculikan secara berleluasa.

Lebih kurang 740,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh, susulan operasi ketenteraan pada Ogos 2017 dengan menyertai sejumlah besar pelarian yang sudah berada di kem terbabit akibat keganasan terdahulu.

Kini, masih belum ada kemungkinan etnik Rohingya dapat pulang ke kampung halaman di Myanmar dan komuniti antarabangsa perlu membantu Bangladesh menempatkan pelarian untuk tempoh beberapa tahun akan datang, kata ICG.

Kumpulan penyelidikan konflik itu menggesa Bangladesh untuk meningkatkan kehadiran polis kerana geng dan pelampau kini beroperasi secara terbuka di kem terbabit.

Ancaman geng jenayah ini menyebabkan pemimpin Rohingya bimbang dengan nyawa masing-masing berikutan kes pembunuhan jarang disiasat.

 

Sumber: Berita Harian