2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

GEMPA MAGNITUD 6.4 LANDA INDONESIA BARAT

JAKARTA: Gempa berkekuatan 6.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sumatera Utara, Indonesia awal pagi semalam.

Gempa berkenaan juga tidak berpotensi mencetuskan tsunami, kata agensi meteorologi dan geofizik.

Gempa melanda pada jam 6.58 pagi waktu Jakarta, berpusat di 142 kilometer (km) di barat daya Pulau Nias pada kedalaman 10 km di bawah dasar laut.

Gegaran dirasai di daerah Nias Barat serta Aek Godang dari daerah Padang Lawas, kota Gunungsitoli, kota Padang Sidempuan dan daerah Pakpak Bharat selain wilayah terdekat seperti Aceh dan Sumatera Utara.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia, Raditya Jat,i memaklumkan tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kematian susulan gempa itu.

Di Nias Barat, daerah paling terjejas, tiada laporan mengenai kesan gempa yang ketara, kata ketua pejabat operasi mencari dan menyelamat di Pulau Nias, Agus Wibisono.

“Saya sudah berkomunikasi dengan agensi bencana di Nias Barat dan Nias Selatan. Setakat ini, tiada bangunan yang rosak atau mereka yang cedera. Keadaan selamat di sana,” katanya.

Sumber: Berita Harian