2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

GEMPA BUMI MAGNITUD 6.8 LANDA TIMUR INDONESIA

JAKARTA – Gempa bumi dengan magnitud 6.8 pada Skala Richter melanda wilayah Maluku semalam, namun tidak mengakibatkan tsunami, menurut Agensi Meteorologi dan Geofizik.

Pegawai agensi itu, Wahyu Kurniawan, berkata pada mulanya bacaan menunjukkan gegaran berkekuatan 7.1 magnitud tetapi semakan semula mendapati bacaan berkurangan kepada 6.8.

“Gegaran berlaku pada jam 3.9 petang tadi waktu Jakarta dengan pusat di lokasi 89 kilometer (km) ke barat laut Kampung Daruba di daerah Pulau Marotai, pada kedalaman 112 km di bawah dasar laut.

“Untuk gegaran ini, kita tidak mengumumkan amaran tsunami, namun tekanan gempa dirasai pada skala III hingga IV MMI (Modified Mercally Intensity) di bandar Ternate,” katanya ketika dihubungi Xinhua.

Indonesia sering dilanda gempa bumi kerana republik itu terletak di zon Lingkaran Api Pasifik.

Sumber: Berita Harian