2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

GEMPA BUMI DI TURKI MENGORBANKAN 9 ORANG, DAN 65 CEDERA

ISTANBUL, 24 Feb – Sembilan orang, termasuk kanak-kanak maut, manakala ramai lagi mangsa cedera apabila gempa 5.7 magnitud melanda barat laut Iran yang bersempadan dengan Turki.

Ambulans dan pasukan perubatan dikejarkan ke lokasi di timur Turki dan meredah sisa runtuhan bagi mencari serta menyelamat mangsa, manakala beberapa bangunan sekolah yang terletak di kawasan berhampiran turut mengalami kerosakan.

Sumber kerajaan Turki berkata, empat kanak-kanak antara mangsa terkorban, manakala Iran melaporkan, lebih 65 penduduk cedera, termasuk 39 yang dirawat di hospital.

Di Turki, gegaran dirasai di beberapa tempat, sebahagian besar di daerah Baskale di Wilayah Van, timur negara itu yang turut bersempadan dengan Iran.

“Setakat ini kami boleh mengesahkan bahawa tiada penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan,” kata Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu.

Sekurang-kurangnya 37 penduduk lagi mengalami kecederaan, dengan sembilan daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gegaran yang berlaku semalam pada jam 8.53 pagi (waktu tempatan) itu terletak berhampiran perkampungan Habash-e- Olya di Iran, kurang 10 kilometer dari sempadan.

Pusat Seismologi Universiti Tehran berkata, gempa bumi berkenaan memiliki kedalaman enam kilometer.

Sementara itu, agensi pengurusan bencana Turki pula melaporkan, sejumlah 24 gegaran susulan direkodkan, dengan dua daripadanya memiliki magnitud melebihi 4.0. 

Sumber: Berita Harian