2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

GEMPA BUMI DI SELATAN FILIPINA MENGORBANKAN 51 ORANG PENDUDUK

 

MANILA, 15 JULAI: Sabtu lalu, seramai 51 penduduk cedera, sementara beberapa rumah, gereja dan bangunan lain musnah apabila gempa bumi melanda kawasan selatan Filipina hari ini, sekali gus menyebabkan penduduk lari menyelamatkan diri.

 

Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud itu menggegarkan timur laut pulau Mindanao pada jam 4.42 pagi (waktu tempatan) dan pejabat seismologi Filipina merekodkan tujuh lagi gempa susulan.

 

Ketua Polis Madrid, Leftenan Wilson Uanite, memaklmukan pegawai-pegawainya terpaksa berlindung di bawah meja, apabila pintu kaca almari bagi menyimpan fail pecah, dan set televisyen jatuh berderai di atas lantai.

 

Tambah beliau juga, Madrid adalah sebuah bandar terletak berhampiran pusat gempa.

 

Dalam keadaan cemas tersebut, pihak polis melihat orang ramai lari meninggalkan rumah masing-masing dan didapati beberapa kediaman turut mengalami kerosakan kecil seperti dinding retak.

 

“Pesakit di Hospital Daerah Madrid turut dipindahkan, selepas dinding konkrit hospital itu mengalami keretakan.

 

Pegawai pertahanan awam memaklumkan, gempa bumi itu turut dirasai empat bandar berhampiran, menyebabkan beberapa rumah, dua gereja Katolik, hotel, gim, jambatan dan pasar awam mengalami kerosakan.

 

Beliau berkata, menara tenaga elektrik yang tumbang mengakibatkan jalan utama tersekat.

 

Dalam pada itu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 11.8 kilometer.

 

Sumber: Berita Harian