2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-12-07 at 10.34.55 AM
Info Semasa

Gempa bumi Cianjur, Jakarta: Mangsa berdepan risiko wabak penyakit

JAKARTA: Badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London memberi amaran mengenai risiko wabak penyakit susulan gempa bumi di daerah Cianjur, Jawa Barat.

NGO itu dalam satu kenyataan memaklumkan berikutan jumlah mangsa ramai, mereka terpaksa berhimpit dalam khemah sementara tanpa akses kepada sanitasi yang mencukupi.

Selain itu, gegaran selepas gempa dan hujan lebat membentuk keadaan berlopak serta berpaya yang boleh mencetuskan risiko tinggi penularan penyakit dan jangkitan.

Lebih banyak bantuan diperlukan selepas gempa bumi dan gegaran susulan merosakkan kira-kira 40,000 kediaman serta lebih 500 sekolah.

Hampir 115,000 orang, termasuk 38,450 kanak-kanak, hilang tempat tinggal selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda negara ini pada 21 November lalu.

Kerajaan Indonesia, agensi serta pekerja bantuan berhempas-pulas menjalankan operasi bantuan dan menyelamat, namun usaha itu dikatakan terhalang akibat kebanjiran ‘pelancong bencana’.

Ratusan ribu orang hilang tempat tinggal dan kini terpaksa menjalani kehidupan yang terdedah kepada penyakit serta jangkitan.

Mereka memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa secepat mungkin, namun kebanyakan keluarga yang paling terjejas tinggal di kawasan terpencil dan sukar diakses melalui jalan raya.

Disamping itu, mereka di sana perlu dibantu bagi memenuhi keperluan segera kanak-kanak dan keluarga, termasuk air bersih, selimut, khemah, sokongan emosi serta peralatan pendidikan supaya kanak-kanak dapat meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin.

Sumber: BH