2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

GEMPA BUMI 7.1 DI INDONESIA CETUS AMARAN TSUNAMI

JAKARTA, 8 JULAI – Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud telah menggegarkan perairan Sulawesi dan Maluku, Indonesia semalam menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga yang mungkin terjadinya tsunami.

 

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) turut melaporkan 6.9 magnitud telah menggegarkan perairan tersebut.

 

Keadaan cemas itu mencetuskan amaran tsunami dan menyebabkan penduduk keluar dari rumah.

 

USGS berkata, gempa melanda pada kedalaman 24 kilometer dan berpusat di perairan Molucca antara utara Sulawesi dan utara Maluku.

 

Agensi geofizik Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk yang tinggal berhampiran pantai.

 

Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa berlaku, namun penduduk di bandar Ternate di wilayah utara Maluku dikatakan panik apabila gempa berlaku.

 

Untuk maklumat, Indonesia kerap mengalami gegaran seismik dan aktiviti gunung berapi berikutan kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, di mana plet tektonik bertembung.

 

Sumber: Metro / Berita Harian