2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

GEMPA BUMI 6.1 MAGNITUD DI BALI

 

BALI, 16 JULAI : Gempa bumi bawah laut berukuran 6.1 magnitud menggegarkan selatan pulau Bali, hari ini.

 

Tiada amaran tsunami dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pacific yang berpangkalan di Hawaii.

 

Agensi pengawasan gempa bumi, EMSC menatakan pusat gempa terletak 102 kilometer barat daya Denpasar dan pada kedalaman 100 kilometer.

 

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mencatatkan ukuran awal gempa itu pada 5.7 magnitud.

 

Sumber: Harian Metro