2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

FASA AKHIR PEMBINAAN MASJID DI AZZAZ, SYRIA

28 Sept: Terkini, masjid di Azzaz, Syria telah berada dalam fasa terakhir pembinaan dengan Izin-Nya.

Proses pembinaan masjid untuk saudara se-Islam kita di Syria berjalan lancar buat masa ini.

Masjid yang dibina di kawasan lapang ini dianggarkan dapat memuatkan ratusan jemaah pada satu-satu masa.

Buat makluman, semua proses pembinaan berjalan seperti yang dirancang dan dijangka akan disiapkan tidak lama lagi.

Di sini juga disertakan gambar terkini pembinaan masjid untuk umat Islam di sana.

Umum maklum, seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, projek ini dijalankan di bawah kempen waqaf.my oleh Serantau Muslim.

Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan pembinaan masjid ini dapat disiapkan secepat mungkin agar ia dapat dimanfaatkan saudara Islam kita di sana.

Jika ada di antara kita yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam projek wakaf seperti ini, layari waqaf.my atau layari www.serantaumuslim.org.my.