2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

“ERNIE ZAKRI DAN SYAMEL BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN”- SERANTAU MUSLIM

Dalam mendepani ujian COVID-19 yang tidak siapa sangka ia datang, Serantau Muslim melihat begitu ramai masyarakat di dunia yang terjejas termasuk rakyat di Malaysia.

Serantau Muslim yang begitu faham dengan keadaan genting yang berlaku ini, berterusan menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat meringankan penduduk di Malaysia terutamanya.

Dalam kesempatan yang sama, Serantau Muslim turut mengucapkan terima kasih kepada artis tempatan yang sudi bersama-sama Serantau Muslim dalam membantu mereka yang memerlukan, antaranya ialah Ernie Zakri dan Syamel.

Pasangan duet lagu ‘Aku Cinta’ itu turut menyumbang dana menerusi ‘Berisedekah.com’ anjuran Serantau Muslim semasa Ramadhan lalu. Hasilnya, kutipan dana tersebut telah disumbangkan kepada mereka yang memerlukan di beberapa buah negeri di Malaysia.

Serantau Muslim melihat akan cabaran hidup semasa tempoh kawalan pergerakan ini sangat membantu dengan adanya program bersama rakan-rakan artis tanah air.

Keadaan ini kerana Serantau Muslim juga mendengar ada yang mengadu terpaksa bercatu makan untuk keluarga sehinggakan ada ibu bapa yang berpuasa demi melepaskan makanan untuk anak-anak mereka sahaja. Sungguh menyedihkan!

Alhamdulillah, berkat usahasama ini antara Serantau Muslim bersama dua artis duet terkenal Malaysia, Ernie Zakri dan Syamel telah banyak memberi bantuan sekali gus pertolongan yang sangat bermakna kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih Bang Mel dan Kak Ninie kerana bantu kami untuk kami bantu mereka!

Jasa kalian amat-amat kami hargai. Semoga Allah mengurniakan Syurga semua penyumbang.

Aaminn aaminn ya Allah 😊