2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

EMPAT TERBUNUH, 23 CEDERA GEMPA BUMI DI WILAYAH YUNNAN

BEIJING – Empat orang dilaporkan terbunuh dan 23 cedera dalam kejadian gempa bumi di wilayah Yunnan di barat daya China.

Gempa disusuli dengan beberapa gegaran kecil turut melanda daerah Qiaojia pada petang Isnin lalu, menurut kerajaan Yunnan dalam kenyataannya di media sosial.

Gempa berukuran 5.0 pada skala Richter yang berlaku berdekatan bandar Zhaotong dengan populasi penduduk melebihi enam juta, menurut pihak berkuasa seismologi kerajaan China.

Pasukan keselamatan sudah dikerahkan ke tempat kejadian di 16 bandar.

China kerap dilanda gempa bumi, terutama di kawasan pergunungan barat dan barat daya, yang mana pada tahun lalu gempa bumi kuat dengan 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sichuan dan membunuh 13 orang dan 200 cedera.

Kejadian gempa paling kuat berukuran 7.9 pada skala richter berlaku di Sichuan pada 2008 hampir 87,000 orang terbunuh dan hilang tidak dapat dikesan.

Sumber: Berita Harian