2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789

BANTUAN KECEMASAN GEMPA BUMI TURKIYE, SYRIA

RM500,940 of RM100,000 raised

Tragedi ngeri dan tragis telah melanda Turkiye dan sempadan Syria. Gempa bumi dahsyat telah meragut ribuan nyawa dan mencederakan puluhan ribu orang.

Lihatlah rakaman detik tragedi itu berlaku dan kesan daripadanya. Memang amat-amat dahsyat.

[instagram-feed feed=2]

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud tersebut telah ‘memukul’ 10 wilayah termasuk wilayah Osmaniye, Sanliurfa dan lain-lain lagi yang terletak berhampiran sempadan Turkiye dengan Syria.

Pukulan gempa itu menyebabkan rumah-rumah dan bangunan runtuh. Ribuan maut dalam runtuhan itu dan ramai masih terperangkap di bawah runtuhan akibat gempa.

Tragedi ini sangat mengejutkan, mereka ketika sedang ‘derita’ menghadapi musim sejuk melampau, hujan dan bersalji.

Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 setakat ini dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444. Ia menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823. Angka kematian dijangka meningkat dengan ketara.

Beribu-ribu lagi cedera, dan usaha menyelamat masih diteruskan. Ramai masih terperangkap di celahan runtuhan. Mangsa yang terjejas masih dalam trauma dan terjejas. Ada yang kelaparan dan kesejukan.

Ini duka kita, ujian mereka itu adalah tanggungjawab kita. Bantuan segera diperlukan untuk mangsa gempa bumi ini.

Kita harus bersolidariti dengan memberikan bantuan sedaya mampu dalam mengurangkan beban mereka, menyelamatkan nyawa mereka, memberi sinar kegembiraan kepada mereka.

Antara contoh keperluan penting setakat ini adalah :

  • Makanan Siap Masak

  • Khemah

  • Air bersih

  • Winter Kit

  • Hygiene Kit

Kita jangan ketinggalan dan membiarkan begitu sahaja mereka yang sedang diuji. Kita harus bersama. Bersama kami membantu mereka.

Untuk mengetahui update terkini, boleh ikuti kami di Channel Telegram rasmi : https://t.me/serantaumuslim

RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM30