2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

DANA PENCEN NORWAY LUPUS ASET SYARIKAT ADA KAITAN PENEMPATAN !SR@EL

OSLO – Dana pencen terbesar di Norway mengumumkan pada Isnin bahawa ia telah melupuskan aset dalam 16 syarikat termasuk gergasi telekomunikasi Motorola kerana terbabit dengan aktiviti penempatan haram Isr@el di wilayah Palestin.

“Motorola dan syarikat lain berisiko terlibat dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa di Palestin yang dijajah,” kata Kommunal Landspensjonskasse (KLP) yang menguruskan aset bernilai 80 bilion Euro (RM332 bilion) dalam satu kenyataan.

Pelupusan itu menyusul selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Februari lalu mendedahkan senarai nama 112 syarikat yang beroperasi secara haram di penempatan Israel di Tebing Barat iaitu tindakan yang dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.

Rejim Zi*nis mengecam pendedahan itu yang merangkumi syarikat seperti Airbnb, Booking.com, General Mills, JC Bamford Excavators, Expedia dan Tripadvisor.

“Pelupusan aset membabitkan Motorola Solutions adalah keputusan yang jelas kerana syarikat itu menyediakan perisian yang digunakan dalam pengawasan sempadan,” kata KLP.

Selain Motorola, KLP turut melupuskan aset lima bank yang menawarkan perkhidmatan atau membiayai pembinaan rumah dan infrastruktur di wilayah diduduki termasuk syarikat pembinaan multinasional Alstom yang berpangkalan di Perancis.

Pada Jun lalu, KLP mengumumkan penjualan aset syarikat India, Adani Port kerana dikaitkan dengan junta tentera Myanmar

Sumber: Sinar Harian