2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

BUDAK PALESTIN CEDERA DILANGGAR PEMANDU KERETA ISR@EL

TEBING BARAT: Sebuah kenderaan yang dipandu oleh penduduk Israel melanggar kanak-kanak Palestin sehingga mangsa mengalami kecederaan berdekatan Kiryat Arba, Hebron.

Sumber memberitahu, mangsa berusia lapan tahun dikenali sebagai Abdelrahim al-Jabari.

Mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan keadaan budak itu dilaporkan stabil.

Berdasarkan gambar, pemandu Israel yang membawa kereta berwarna kelabu melarikan diri selepas kejadian sambil disaksikan penduduk Palestin lain.

Keganasan terhadap penduduk Palestin dan harta benda mereka sudah menjadi rutin di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis.

Sumber: Utusan