2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

BANTUAN #TENANGKIT SELAMAT DIAGIHKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN DI SABAH

Minggu lalu, Serantau telah mengagihkan bantuan #tenangkit kepada mereka yang memerlukan di Sabah.

Agihan ini dibuat dibeberapa buah kampung di sekitar Pulau Banggi dan Kudat.

Sebanyak 100 pek makanan telah diserahkan kepada penduduk di kampung berkenaan.

Antara kampung yang terlibat ialah Kg. Pantai Bahagia sebanyak 24 buah keluarga, Kg. Kolam 5 buah keluarga, Kg. Muhibbah sebanyak 11 buah keluarga, Kg. Tungkang sebanyak 21 buah keluarga, Kg. Korina 16 buah keluarga, Kg. Gumpa 21 buah keluarga dan kepada pegawai keselamatan sebanyak 2 pek.

Semoga penduduk di Sabah dan di seluruh dunia yang terkesan akibat pendemik COVID-19 ini terus bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian.

Teruskan berusaha dan bermunajat kepada ALLAH SWT dalam apa jua keadaan.

Gambar berikut sebelum dan semasa aktiviti agihan dijalankan oleh rakan kerjasama Serantau Muslim.

Pek makanan #tenangkit yang dibeli untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan di Sabah
Aktiviti agihan hingga ke malam
Antara rumah penduduk yang menerima bantuan #tenangkit
Aktitivi agihan

#Sedekah?SerantauMuslim