2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

SERANTAU MUSLIM BEKERJASAMA DENGAN ARTIS, ERNIE ZAKRIE DAN SYAMEL AGIH BANTUAN TENANG KIT KEPADA MEREKA YANG TERJEJAS

Serantau Muslim terus melakukan agihan Tenang Kit kepada penduduk yang memerlukan di Malaysia. Tapi kali ini, kami telah membawa dana yang dikumpulkan dibawah Program Berisedekah.com yang telah dijayakan oleh asrtis terkenal tanah air iaitu Ernie Zakrie dan Syamel.

Dana yang terkumpul hampir lebih 21,000 Ringgit Malaysia kini telah berjaya mengukirkan senyuman kepada penduduk kampung yang telah terjejas akibat pada musim PKP ini. Terkini, penduduk di Parit, Perak telah disantuni oleh Serantau Muslim dengan membawa pek Tenang Kit yang berisi keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan lain-lain makanan asas.

Antara golongan sasar penerima Tenang Kit di Parit, Perak ialah asnaf, ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah dan mereka masing-masing didapati terjejas akibat penularan wabak COVID-19 sejak Mac lalu.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarakat (PKPB), Serantau Muslim sedaya upaya berkerjasama dengan pelbagai badan termasuklah para artis, kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira masa dan bangsa.

Dalam masa yang sama, Serantau Muslim berharap kesemua penerima dapat memanfaatkan bantuan yang diterima dan berdoa agar semua penduduk yang terjejas sentiasa tabah serta sabar dengan ujian yang diterima. Serantau Muslim juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang mengikut program Berisedekah.com yang telah dianjurkan bersama Ernie Zakrie dan Syamel.