2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

BANJIR LANDA JAKARTA

Jakarta: Lebih 1,300 orang dipindahkan selepas banjir melanda seluruh ibu negara Indonesia dan menenggelamkan jalan utamanya, pada Sabtu lalu.

Ia susulan hujan lebat berterusan semalamam pada malam sebelumnya.

Sebahagian daripada kawasan dinaiki air antara 1.2 dan 2.7 meter.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat menaiki bot untuk memindahkan warga tua dan kanak-kanak daripada kawasan terjejas.

Selain itu, banyak kenderaan terkandas dan ditenggelami banjir.

Jurucakap Agensi Penyelamat Kebangsaan, Yusuf Latif berkata, banjir disebabkan hujan luar biasa.

Jakarta dengan populasi kira-kira 30 juta orang sering dilanda banjir ketika musim hujan.

Banjir terburuk berlaku pada Januari tahun lalu selepas hujan lebat berterusan turut menyebabkan tanah runtuh.

Pada kejadian tahun lalu, seramai 67 orang meninggal dunia di Jakarta dan bandar sekitarnya, dengan paras air mencecah tingkat dua sebahagian bangunan.

Sumber: Harian Metro