2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

BANGLADESH DIRIKAN PAGAR DI KEM ROHINGYA

BALUKHALI: Tentera Bangladesh mula mendirikan pagar mengelilingi kem menempatkan ratusan ribu pelarian etnik Rohingya meskipun mendapat tentangan daripada pemimpin masyarakat dan kumpulan hak asasi.

Wartawan AFP memaklumkan menyaksikan anggota tentera memasang tiang untuk pagar berduri di sekeliling satu kem besar di Balukhali yang terletak di Cox’s Bazar.

Pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Mahhbub Alam Talukder mengesahkan kepada AFP pembinaan pagar sudah bermula, namun enggan mengulas lanjut.

Bulan lalu, Ketua Tentera Jeneral Aziz Ahmed berkata, jurutera mula membina tiang dan tentera mengeluar arahan untuk memasangkan pagar berduri.

Semua kem menempatkan hampir sejuta pelarian yang kebanyakannya etnik Rohingya dengan 750,000 daripada mereka melarikan diri daripada operasi tentera di negara jiran Myanmar pada Ogos 2017.

Bangladesh semakin kecewa kerana menempatkan pelarian terutamanya selepas usaha menghantar mereka pulang ke Myanmar gagal pada Ogos lalu.

SUMBER: HARIAN METRO