2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

BANDUNG HADAPI GUNUNG BERAPI

 

JAKARTA, 29 JULAI – Gunung berapi terletak di Bandung, Indonesia meletus hari ini dengan memuntahkan debu sehingga beberapa ratus meter ke udara ketika pihak berkuasa memberi amaran supaya menjauhkan diri dari kawasan itu.

 

Stesen penyiar tempatan turut menyiarkan rakaman kereta dan motosikal yang sedang dipandu di jalan raya dan diselaputi debu di Tangkuban Parahu.

 

Agensi Mitigasi Bencana menyatakan beberapa lokasi pelancongan terpaksa ditutup dan status amaran gunung berapi sedang diteliti.

 

Gunung berapi terbabit terletak kira-kira 30 kilometer di utara Bandung, wilayah Jawa Barat.

 

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik dan mempunyai banyak gunung berapi aktif sehingga mengancam nyawa dan mengganggu perjalanan udara terutamanya di pulau padat penduduk seperti BLingkaran Api Pasifikali dan Jawa.

 

Sumber: Berita Harian