2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-02-01 at 4.26.12 PM
Info Semasa

Bakar al-Quran: OIC tuntut ‘tindak balas tegas’

ISTANBUL – Baru-baru ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuntut “tindak balas yang tegas” terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark.

Blok Islam itu menyuarakan pendirian bersama terhadap penodaan al-Quran dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di Jeddah, Arab Saudi, lapor Sinar Harian.

Mereka membincangkan kemungkinan tindakan yang boleh diambil oleh OIC terhadap pelaku serangan Islamofobia itu, lapor Agensi Anadolu.

Tambahan laporan berkenaan lagi, Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha mengulangi kekecewaannya terhadap tindakan provokasi yang dilakukan oleh aktivis sayap kanan, menekankan bahawa tindakan berkenaan adalah perbuatan jenayah yang dilakukan dengan niat utama menyasarkan umat Islam, menghina agama, nilai suci mereka.

Setiausaha Agung itu menambah, bahawa tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tindakan demikian merupakan penghinaan langsung kepada keseluruhan 1.6 bilion penduduk Islam.

Justeru itu, Taha meminta semua pihak berkepentingan mengambil tindakan tegas, agar provokasi serupa tidak berulang pada masa hadapan.

Buat makluman, minggu lalu, pelampau Denmark-Sweden Rasmus Paludan dan Edwin Wagensveld, ahli politik Belanda dan ketua kumpulan Islamofobia Pegida, secara berasingan bertindak membakar kitab suci Islam di Sweden, Belanda dan Denmark.