2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

AS MENYEKAT KEMASUKAN PEMIMPIN TENTERA MYANMAR KE NEGARANYA

 

WASHINGTON, 18 JULAI – Amerika Syarikat (AS) bertindak menyekat kunjungan pemimpin tentera Myanmar dan tiga pegawai kanan pemimpin tersebut ke negara itu susulan peranan mereka dalam melancarkan pembersihan etnik terhadap minoriti Rohingya dan perlu dipertanggungjawabkan ke atas kempen kejam itu.

 

Jabatan Negara AS menyatakan pihaknya bertindak terhadap ketua tentera Min Aug Hlaing dan beberapa yang lain selepas menemui bukti kukuh bahawa mereka terbabit dalam kekejaman dua tahun lalu yang mengakibatkan kira-kira 740,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

 

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menyatakan pengumuman ini menjelaskan bahawa AS adalah kerajaan pertama secara terbuka mengambil tindakan ke atas pemimpin paling kanan dalam pasukan tentera Myanmar.

 

Sekatan itu adalah bukti paling jelas kekecewaan AS terhadap Myanmar, sejak ia melakukan reformasi politik pada 2011.

 

Turut berdepan sekatan adalah Timbalan Ketua Komander, Soe Win, Brigadier Jeneral, Than Oo dan Brigadier Jeneral Aung Aung serta seluruh ahli keluarga mereka.

 

Bagaimanapun sekatan ini tidak terpakai ke atas pemimpin umum Myanmar, Aung San Suu Kyi

 

Sumber: Berita Harian