2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

‘AMANDA’ MEMBADAI EL SALVADOR

SAN SALVADOR – Ribut Amanda yang melanda El Salvador telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 maut, manakala tujuh lagi disahkan masih hilang, semalam.

Pekerja keselamatan setakat ini masih berusaha mengesan mangsa yang mungkin hilang dalam banjir, akibat hujan lebat dan angin kencang, kata Menteri Dalam Negeri El Salvador, Encik Mario Duran.

“Setakat ini 15 disahkan maut dan tujuh lagi hilang,” katanya kepada wartawan.

Ribut Amanda memberi kesan buruk kepada El Salvador, negara miskin di Amerika Tengah yang dilanda banjir kilat, tanah runtuh dan gangguan bekalan elektrik.

Ia kemudian bergerak menuju Guatemala kelmarin, menyebabkan hujan lebat yang meragut dua nyawa, kata penyelaras bencana alam negara, Encik David de Leon.

Antara mangsa terbunuh ialah kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dihanyutkan banjir di perairan Caribbean, manakala seorang lagi maut apabila rumahnya runtuh di timur laut Guatemala City, kata de Leon lagi.

Seorang lagi mangsa terkorban di Honduras, akibat tanah runtuh dan banjir di beberapa bahagian negara itu.

Presiden El Salvador, Encik Nayib Bukele, mengisytiharkan darurat selama 15 hari bagi menangani bencana terbabit, yang dijangka menelan kerugian berjumlah AS$200 juta ($281 juta). 

Sumber: Berita Harian Singapura