2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

ALASAN TIDAK BERASAS ZIONIS MENGAKIBATKAN 3,000 PENDUDUK PALESTIN KEHILANGAN KEDIAMAN

BAITULMAQDIS, 3 MEI- Sejak 2004 hingga 2019, pihak berkuasa Israel telah mengusir hampir 3,000 penduduk Palestin dari kediaman mereka di Baitulmaqdis Timur.

Kumpulan hak asasi manusia Israel, B’Tselem menyatakan perkara berkenaan dalam laporan terbaru minggu ini.

Majlis Perbandaran Baitulmaqdis juga turut merobohkan 830 unit kediaman dan 120 unit lagi dirobohkan oleh pemilik kediaman terbabit atas arahan pihak berkuasa Israel.

Keadaan ini mengakibatkan seramai 2,927 orang penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal. Daripada jumlah tersebut seramai 1,574 adalah kanak-kanak.

Rejim Zionis sering menggunakan alasan pembinaan tanpa permit bagi memudahkan usaha mereka merobohkan rumah penduduk Palestin secara berterusan.

Tindakan tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada polisi Israel untuk menghalau keluar penduduk Palestin, sekali gus meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel merampas sebuah khemah milik keluarga Palestin di perkampungan Susiya di Al-Khalil semalam.

 

Sumber: Sinar Harian