2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

AGIHAN PEK MAKANAN KERING: TAJABERBUKA DI KEM PELARIAN SYRIA

Serantau Muslim bersama rakan Kerjasama di Syria telah berjaya mengagihkan bantuan pek makanan kering kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Kem Pelarian Syria.

Gambar-gambar dibawah ini diambil semasa pengagihan dijalankan.

Pihak kami juga menjaga rapi para petugas dengan kelengakapan perlindungan diri (PPE) agar para petugas tidak terdedah dengan wabak COVID-19.

Dalam program tajaberbuka.com di Syria tahun ini, beberapa buah kem di daerah Arsal telah berjaya disantuni pihak Serantau Muslim iaitu :

Kem Al Noor seramai 66 keluarga, Kem Carvans seramai 133 keluarga dan Kem Al Moataqaleb sebanyak 100 buah keluarga

Untuk maklumat, Tajaberbuka.com ini akan dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan berlangsung. Semoga dipermudahkan segala urusan. Insha Allah.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari di tajaberbuka.com.

Sumber: Media Serantau Muslim