2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

AGIHAN PEK IFTAR DI KEM PELARIAN SYRIA TERUS BERLANGSUNG

27 April – Pek-pek iftar untuk rakyat Syria yang berada di Arsal, Lebanon terus diagih agar mereka mempunyai juadah untuk berbuka puasa.

Minggu lalu, antara kem pelarian Syria yang menerima agihan pek iftar ini ialah kem Assalam (40 keluarga), kem Al Inma (44 keluarga), kem Al Naser (16 keluarga).

Selain kem pelarian Syria di Lebanon, kem pelarian Syria di Bareliase, Beeka, Lebanon juga turut diberikan juadah berbuka puasa. Antara kem pelarian yang menerima bantuan ini ialah kem Al Yasmine (225 keluarga), kem Al Rahmi (71 keluarga), kem Addasher (41 keluarga), kem Al Toliani (86 keluarga termasuk mereka yang berada di khemah-khemah berdekatan), kem Mohamed Al Toliani (25 keluarga) dan kem Fadi Al Mais (53 keluarga).

Berikut merupakan antara juadah yang disediakan rakan kerjasama SM untuk pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian.

Manakala gambar berikut merupakan agihan yang dilakukan kepada mereka di sana.

Serantau Muslim mendoakan semoga segala usaha ini diberkati dan diharapkan pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian terus tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.

Layari www.tajaberbuka.com untuk maklumat lanjut.