2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

AGIHAN BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUKMUSYRIA TERUS DIJALANKAN

Serantau Muslim terus mengagihkan bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria yang memerlukan.

Terkini, agihan pemanas rumah telah diberikan kepada keluarga yang berada di kem Al Yasmine. Sebanyak 220 buah keluarga di kem berkenaan telah menerima bantuan pemanas rumah ini.

Manakala di kem Meen hona mar Alsoryoon (sebanyak 153 buah keluarga), kem Al Azhar (22 buah keluarga) dan kem Al Okhwa (35 buah keluarga) menerima 20 liter diesel.

Seterusnya kem Ain Al Tannour dan Al Mousa menerima pek makanan sebanyak 32 pek dan 40 pek untuk keluarga masing-masing.

Terakhir, untuk sesi agihan kali ini ialah kem Al Fahed telah menerima 32 set selimut untuk setiap keluarga.

Dalam masa yang sama, Serantau Muslim mengucapkan syukur atas agihan yang dilakukan ini kerana telah melaksanakan sebahagian hasrat para penyumbang.

Semoga usaha yang dilakukan ini terus mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT.

Layari www.serantaumuslim.org.my atau untukmusyria.com untuk mendapatkan maklumat terkini.