2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

AGIHAN BAJU SEJUK DALAM MISI MUSIM SEJUK ‘UNTUKMUSYRIA’

Dalam siri agihan kali ini, Serantau Muslim telah berjaya mengagihkan baucar pakaian sejuk untuk pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian. Agihan baucar pakaian sejuk ini diberikan kepada keluarga yang memerlukan.

Program ini terdiri daripada 1414 baucar pakaian dan setiap keluarga menerima 2 baucar pakaian sejuk.

Keceriaan anak Syria selepas menerima bantuan

Serantau Muslim menyasarkan 707 keluarga miskin.

Dapatan tinjauan yang dilakukan oleh rakan kerjasama Serantau Muslim di sana, kebanyakan ketua keluarga di sana tidak dapat membeli pakaian untuk keluarga mereka sejak sekian lama, terutamanya setelah keadaan ekonomi yang sukar.

Dalam gambar yang disertakan, kita semua dapat melihat senyuman terukir di wajah anak-anak yang menerima bantuan baju sejuk ini.

Kita terus doakan mereka agar kehidupan mereka akan lebih baik pada masa akan datang dan semua usaha yang dilakukan akan mendapat redha ALLAH SWT.

Untuk maklumat lanjut, layari untukmusyria.com.

Keadaan anak Syria sebelum menerima bantuan
Keadaan anak Syria sebelum menerima bantuan