2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

AFRIKA CATAT LEBIH 10,000 KES COVID-19

ADDIS ABABA – Jumlah kes Covid-19 di Afrika mencecah 10,075 dengan angka kematian seramai 487 orang, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC) semalam.

CDC Afrika juga mendedahkan kes Covid-19 telah menular ke 52 negara Afrika, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut pusat berkenaan kira-kira 913 pesakit Covid-19 telah sembuh, di seluruh benua itu.

Lebih 897 kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat daripada 9,178 (Isnin) kepada 10,075 (Selasa).

AU, melalui Afrika CDC pada 27 Januari telah mengaktifkan Pusat Operasi Kecemasan dan Sistem Pengurusan Insiden (IMS) untuk wabak Covid-19.

Pelan Tindakan ketiga turut dirangka untuk tempoh 16 Mac hingga 15 April.

Sumber: Berita Harian