2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2022-12-23 at 3.10.43 PM (2)
Info Semasa

7 maut, 2 cedera akibat banjir di selatan Thai

BANGKOK – Tujuh orang terkorban dan dua yang lain cedera akibat banjir di selatan Thailand, lapor laman berita Thaiger.

Bagaimanapun, paras air dilaporkan telah beransur-ansur surut.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) melaporkan, hujan lebat dan angin kencang melanda dari 18 hingga 21 Disember lalu. Ia menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di sembilan wilayah Thailand.

Wilayah itu ialah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat.

Sebanyak 205,775 isi rumah di kawasan itu terjejas.

Setakat kelmarin, dua orang dilaporkan terkorban di wilayah Phattalung, seorang maut di Yala dan empat kematian berlaku di wilayah Narathiwat. Dua orang lagi dilaporkan cedera.

Tujuh wilayah di selatan Thai itu masih dinaiki air tetapi paras air semakin berkurangan.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa laluan kereta api turut dinaiki air menyebabkan Kereta Api Negara Thailand menggantung 16 perjalanan di tujuh laluan dari Bangkok ke wilayah selatan mulai 20 Disember 2022 sehingga diberitahu kelak.

DDPM menasihatkan penduduk tempatan dan pelancong untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini.

Kemas kini banjir boleh didapati di aplikasi mudah alih Thai Disaster Alert. 

Sumber: Kosmo