2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

500 ORANG MENJADI MANGSA PENDERAAN SEKSUAL DAN PENYEKSAAN DI NIGERIA

ABUJA 30 Sept. – Hampir 500 lelaki dan kanak-kanak diselamatkan dari sebuah bangunan di bandar Kaduna, utara negara Nigeria, lokasi di mana tahanan mendakwa mereka didera secara seksual serta diseksa.

Lapor BBC memetik kenyataan polis sebagai berkata, kanak-kanak seusia lima tahun antara yang dirantai di bangunan terbabit, dipercayai pelajar yang datang untuk belaajr di premis tersebut namun diikat di dalam bangunan tersebut.

Ketua Polis Kaduna, Ali Janga memaklumkan bahawa sebuah bangunan diserbu selepas menerima maklumat tentang aktiviti mencurigakan di premis terbabit.

Beliau menyifatkan bangunan tersebut sebagai ‘ rumah penyeksaan’ dan tempat untuk perhambaan manusia.

Dalam pada itu, lapan suspek yang kebanyakannya adalah guru ditahan pihak berkuasa.

Sumber: Utusan Malaysia