2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

400 KANAK-KANAK SELATAN PAKISTAN POSITIF HIV AKIBAT PERBUATAN DOKTOR PALSU

RATO DERO (PAKISTAN), 16 Mei : Pegawai kesihatan menyatakan lebih daripada 400 penduduk yang kebanyakannya kanak-kanak didapati positif HIV sejak beberapa minggu lalu dan pakar memberi amaran, jumlah berkenaan bakal meningkat susulan penggunaan peralatan tercemar serta amalan perubatan salah oleh golongan doktor palsu.

 

Kemarahan dan ketakutan dilihat menyelubungi perkampungan miskin akibat penyebaran wabak itu yang disifatkan pihak berkuasa berpunca dari kecuaian atau perbuatan khianat doktor tempatan.

 

Golongan ibu bapa memerhati dengan penuh debaran ketika anak mereka menjalani ujian HIV di sebuah perkampungan di selatan Pakistan.

 

Pasukan polis turut dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan selepas ibu bapa menyerbu lima bilik pemeriksaan yang siap dibina bulan lalu di perkampungan Wasayo, pinggir Larkana di wilayah Sindh.

 

Sumber: Berita Harian