2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-03-09 at 1.00.49 PM (1)
Info Semasa

4 maut, 23 cedera kereta api tergelincir di Mesir

KAHERAH: Empat terbunuh selepas kereta api penumpang tergelincir berhampiran Kaherah, kata Kementerian Kesihatan Mesir hari ini.

Sejumlah 23 penumpang lagi cedera dalam kemalangan pada petang Selasa di bandar Qalyub, utara Kaherah, lapor Berita Harian.

Pihak Berkuasa Kereta Api Negara milik kerajaan Mesir berkata, kegelinciran berlaku ketika kereta api itu memasuki stesen dalam perjalanan dari Kaherah menuju ke bandar Delta Nil Menouf, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pemandu kereta api itu gagal mengendahkan isyarat arah semafor dan merempuh penghadang penampan, menyebabkan lokomotif dan gerabak hadapan tergelincir, tambah pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Tambah laporan berkenaan, Mesir menyaksikan beberapa tragedi kereta api dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Mac 2021, dua kereta api penumpang berlanggar di selatan Mesir, mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang.

Pada Februari 2019, sebuah lokomotif tanpa pemandu merempuh platform di stesen kereta api utama Kaherah, menyebabkan kebakaran yang meragut 31 nyawa.

Bencana kereta api terburuk Mesir berlaku pada 2002, apabila kereta api penumpang terbakar, mengorbankan lebih 360 orang.