2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

20 WANITA, KANAK-KANAK DITAHAN SEBAGAI TEBUSAN DI UTARA INDIA

LUCKNOW, 31 Jan – Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak dan wanita dijadikan tebusan di sebuah rumah di negeri utara India, Uttar Pradesh, selama kira-kira lapan jam oleh seorang lelaki yang mempelawa kanak-kanak terbabit atas dalih menganjurkan majlis hari jadi, kata polis semalam.

Lelaki itu, yang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh dan dibebaskan bersyarat, melepaskan tembakan dan mencederakan dua pegawai polis serta seorang penduduk kampung berhampiran Farrukhabad di barat Uttar Pradesh, kata Ketua Pengarah Polis, PV Ramashastry.

“Dia telah memanggil kanak-kanak itu atas alasan menganjurkan majlis hari jadi dan menahan mereka sebagai tebusan. Dia melepaskan tembakan ke arah penduduk kampung,” kata Ramashastry.

Lelaki itu telah menjemput beberapa kanak-kanak dan wanita Farrukhabad, dengan mengatakan bahawa dia sedang mengadakan majlis sambutan ulang tahun untuk anak perempuannya.

Dia menahan jemputan terbabit apabila mereka sampai ke rumahnya. Motif lelaki itu tidak jelas, juga bilangan wanita dan kanak-kanak.

Pasukan mencegah pengganas bersama polis tempatan cuba menyelamatkan tebusan, kata polis. 

Sumber: Berita Harian