2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMBANTUAN KECEMASANInfo Semasa

20 BUAH KELUARGA MENDAPAT MANFAAT TENANG KIT

Melaka, 15 April – NGO Serantau Muslim (SM) yang diwakili dua orang kakitangan telah turun padang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam mengagihkan bantuan keperluan, Tenang Kit kepada 20 buah keluarga yang memerlukan di kawasan Alor Gajah, Melaka.

Alhamdulillah kesemua bantuan dapat dilakukan dengan baik dan mendapat kerjasama dengan semua pihak yang terlibat. Jalinan kerjasama yang terjalin diharapkan dapat diperkukuh agar sumbangan Tenang Kit ini dapat dijalankan kepada ramai lagi asnaf pada masa yang akan datang.

Kesemua keluarga yang menerima bantuan ini dilihat gembira dan bersyukur dengan sumbangan yang diterima. Bantuan Tenang Kit menerusi SM serba sedikit dapat mengurangkan beban mereka terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Teruskan bersama SM dalam membantu mereka yang memerlukan di luar sana dengan melayari bantuankecemasan.com.

#SerantauMuslim

#SedekahSerantauMuslim

#TenangKit

#BantuanKecemasan

#Covid19

#StaySafe