2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

1SR@EL ‘RAMPAS’ CUKAI PENDAPATAN PALESTIN

BAITULMAQDIS: Israel akan menyekat sehingga tujuh peratus atau kira-kira AS$180 juta (RM753.6 juta) daripada cukai pendapatan tahun lepas yang dikumpul oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Tindakan itu dilakukan atas alasan mahu mengekang penyalahgunaan dana itu bagi ‘membiaya’ kumpulan militan dan keluarga mereka.

Di bawah undang-undang 2018, setiap tahun Israel akan mengira berapa peruntukan yang didakwa diberikan oleh PA kepada kumpulan militan dan menolak jumlah itu daripada cukai yang dikumpul bagi pihak Palestin.

Cukai yang ‘dirampas’ Israel itu menjana kira-kira separuh daripada pendapatan PA untuk tujuan pentadbiran kendiri wilayah itu.

Ketua hal ehwal penjara di Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Qadri Abu Baker, menyifatkan tindakan Zionis itu sebagai ‘kegiatan pengganas dan lanun’.

Israel sebelum ini percaya PA ‘membayar gaji’ bulanan kepada kumpulan pejuang yang didakwa sebagai militan oleh regim Zionis.

Sumber: Berita Harian