2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

13 NYAWA DI SYRIA MELAYANG AKIBAT SERANGAN BOM KERETA

 

BEIRUT, 12 JULAI – Serangan bom kereta di sebuah pos pemeriksaan yang dikendalikan pemberontak di utara Afrin, Syria semalam telah meragut 13 nyawa.

 

Insiden tidak diingini itu turut mengorbankan lapan penduduk awam.

 

Pemerhati Hak Asasi bagi Syria (SOHR) memaklumkan kejadian letupan tersebut berlaku berhampiran pos pemeriksaan kenderaan di pintu masuk ke bandar Afrin.

 

Kini, tentera Turki menguasai bandar Afrin daripada pasukan Kurdish sejak Mac tahun lalu sejurus selepas operasi ketenteraan udara dan darat selama dua bulan berlangsung.

 

Sumber: Sinar Harian